Aku Tak Tamak!!!


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.



Pari Pari: Kenapa dengan kau?



Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.



Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.



Pari Pari: Inikah kapak kamu?



Pak Ali: Tidak.



Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.



Pari Pari: Inikah kapak kamu?



Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.



Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.



Pari Pari: Inikah kapak kamu?



Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.



Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.



Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.



Pari Pari: Kenapa kau bersedih?



Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.



Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.



Pari Pari: Inikah isteri kau?



Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."



Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".



Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".aku ni setia pada yang satu..hu hu...
Read more ...

Posted in , , , at Saturday, 29 September 2012. No Comments

lawak2..


Read more ...

Posted in , , , at Friday, 28 September 2012. No Comments

Awal..pertengahan..penghujung


Harap2 kite jgn la jadi mcm ni...Layannnn



Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."

Read more ...

Posted in , , , at Thursday, 27 September 2012. 1 Comment

Cinta itu Buta?


 Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan
menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan." Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal ***** Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, kamu usapkan sudu ini diketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan
mengernyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini....... boleh saya jumpa dia"

Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................

Read more ...

Posted in at Tuesday, 18 September 2012. No Comments